Want your
own Fotopage?






 
ZanJalan LifePages
Live our life the fullest
By: zanjalan jalan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Sunday, 30-Sep-2007 14:52 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan ke Chiangrai Thailand, Tachilek Myanmar dan Laos

Perjalanan bermula
Memasuki Bangkok
Bandaraya Bangkok
Lapangan Terbang Baru Suvarnabhumi
Masjid sumbangan Malaysia di Chiangrai
Ustaz dari Petani, menetap di Chiangrai
Seni bina kayu Chiangrai
Rumah kayu
Rumah kayu
View all 58 photos...


Zanjalan ke Chiangrai Thailand, Tachilek Myanmar dan Laos pada 1hb Julai hingga 8hb Julai yang lalu.
Perjalanan bermula dari Sungai Petani, ke Bukit Kayu Hitam menaiki LRO Disco WDD3838 bersama seorang sahabat, juga dari Sungai Petani. Kami berdua bertolak pada petang 1hb dan mengikut rancangan akan berjumpa dengan sahabat-sahabat lain dari Malaysia dan Thailand di Masjid Dannok, Thailand.

Setelah bertemu, kami memulakan perjalanan berserta 2 buah lagi van dari Thailand. Kami menuju ke Hatyai. Di sana saya mengambil seorang kawan orang Petani tetapi menetap di Hatyai. Kini kami bertiga di dalam Land Rover Disco saya. Perjalanan di teruskan hinggalah ke Bangkok. Di sana saya mengambil seorang lagi sahabat yang turun di lapangan terbang baru Bangkok (Suvarnabhumi) dari Kuala Lumpur.

Kami meneruskan perjalanan ke arah utara menuju Chiang Mai. Setelah semalaman memandu berganti-ganti kami akhirnya tiba di Chiang Rai. Kami singgah untuk mengambil seorang ustaz yang menetap di sana. Ustaz ini berasal dari Pattani Thailand dan telah berkahwin dengan orang tempatan, seterusnya menetap di salah sebuah kampung di sana. Islam tersebar di kawasan sekitar yang dahulunya tiada langsung penduduk beragama Islam. Yang lebih menarik, masjid di kampung ini dibina hasil dermawan Malaysia.

Kami menyambung perjalanan ke kawasan bukit Doi Chiang. Di sanalah tujuan utama kedatangan kami ke Chiangrai. Tempat yang kami tuju adalah perkampungan orang bukit. Ianya terletak di kawasan pergunungan yang ketinggiannya melebih 1500 meter dari paras laut. Penyebaran Islam telah bertapak di sana atas usaha gigih ustaz Yusof dari Pattani dan ustaz Wahab dari Malaysia. Ramai yang telah mula meminati Islam dan tugas kami adalah untuk mendekati dan bersahabat dengan mereka. Kami telah menganjur majlis kenduri dimana seekor kambing dikorbankan.






Setelah majlis selesai di Chiang Rai, kami menyambung perjalanan ke Measai, sempadan antara Thailand dengan Myanmar. Di sana kami memasuki Myanmar melalui pintu masukknya; Tachilek. Ada juga beberapa orang yang saya jumpa boleh berbahasa Malaysia. Bila ditanya, katanya pernah berkerja di Malaysia sebagai buruh kontrak.



Seterusnya kami menghala ke timur menuju Golden Triangle. Dari sana kami ke Chiang Kong hingga ke sempadan pintu masuk ke Laos. Pemisahan antara Thailand dengan Laos hanyalah sebatang sungai.

Dari sana kami terus menuju pulang ke Selatan. Destinasi kami seterusnya adalah ke Phuket Thailand. Kalau dahulunya masa pergi kami melalui pantai timur menyusuri laut China Selatan, sekarang kami melalui pantai baratnya pula menyusuri laut Andaman di sebelah India. Cuaca di Phuket adalah musim hujan dengan angin Monsun. Segalanya pulih setelah dilanda Tsunami. Terdapat banyak juga bangunan baru yang didirikan menggantikan yang rosak. Sempat juga bermain Jet Ski, antara sukan kegemaran saya dengan ombak yang besar. Amat menarik..



Setelah 8 hari diperjalanan, kami bertolak pulang ke Hatyai dan seterusnya ke Dannok. Kami berjumpa dengan pasukan Petronas Adventure. Sempat juga berbual dengan ketua pasukan saudara Halim. Mereka dalam perjalanan untuk ekspedisi South Asia ke Pakistan melalui Thailand, Laos, China, TIbet dan India.



Zanjalan menamatkan perjalanan setelah genap 8 hari setelah menempuh perjalanan sejauh 4850 km. Perbelanjaan minyak diesel adalah sekitar RM1500. Yang menariknya tiada sebarang tol dibayar untuk perjalanan sejauh ini..

Selamat raya haji brader ............... Tue 18-Dec-2007 02:51
Posted by:baning  - [Link]
MAA TAKAFUL (ISLAMIC)

INSURANS SIMPANAN DIRI SENDIRI

JIKA ANDA MEMBUKA AKAUN / MENYIMPAN DI MAA TAKAFUL, ANDA AKAN
MENDAPAT TIGA FAEDAH:-

SATU AKAUN...
1) SIMPANAN MASA DEPAN -----------------15 TAHUN----------UMUR 55 TAHUN
(Simpanan + Bonus + Dividen+ Keuntungan Syarikat)
2) TABUNG PEWARIS
3) TABUNG HILANG UPAYA

FAEDAH TAMBAHAN PERCUMA

B.Tabung Penyakit Kritikal
Jumlah Pampasan : RM
(Terdapat 36 jenis Penyakit Kritikal + Penyakit Bermusim)

C.Faedah Kemalangan
(i)Kemalangan Maut : RM
(ii)Elaun Kemalangan : RM / minggu

D.Faedah Kemasukkan Hospital
(i) Sehari : RM
* Dimasukkan ke hospital atas sebarang sebab kecuali bersalin

P/S : KIRAAN YANG ANDA BAKAL DAPAT BERGANTUNG PADA BERAPA JUMLAH
YG HENDAK DISIMPAN SEBULAN...

SERENDAH RM 50 SEBULAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

SARAH : 012 2249805
YM : blurrym3@yahoo.com
EMAIL : sarahmariss@gmail.com


INSURANS MEDICAL CARD

TAHUKAH ANDA??

MENURUT KAJIAN, 85% RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA MELAYU TIDAK MEMPUNYAI PERLINDUNGAN KAD KESIHATAN HOSPITAL! ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADANYA?
JANGAN BIARKAN KOS PERUBATAN YANG TINGGI MENGHAMPAKAN ANDA!!.
MOHONLAH KAD KESIHATAN TANPA TUNAI SEKARANG
SEMENTARA ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON.

ADAKAH ANDA BERSEDIA JIKA HARI INI ANDA DISAHKAN MENGHIDAP SALAH SATU DARI PENYAKIT-PENYAKIT DIBAWAH INI?

PENYAKIT KRITIKAL KOS PERUBATAN
KANSER RM 100,000 – RM 150,000
PENYAKIT HATI RM 45,000 – RM 180,000
SAKIT JANTUNG RM 30,000 – RM 120,000
KEROSAKKAN BUAH PINGGANG RM 50,000 – RM 200,000
VIRUS HEPATITIS RM 35,000 – RM 150,000
PEMINDAHAN ORGAN UTAMA RM 100,000 – RM 300,000

FAEDAH-FAEDAH MedicaLife 207
- HAD TAHUNAN DAN HAD SEUMUR HIDUP YANG TINGGI (HAD KREDIT SEUMUR HIDUP RM600,000)
- PEMBAHARUAN TERJAMIN (SEHINGGA USIA 80 TAHUN)
- TIADA JADUAL PEMBEDAHAN TERBATAS
- RAWATAN PESAKIT LUAR KANSER DAN DIALISIS BUAH PINGGANG
- 93 BUAH HOSPITAL PAKAR YANG MENJADI PANEL
- BIAYA PENGINAPAN DAN PERKHIDMATAN
- RAWATAN PESAKIT LUAR UNTUK KEMALANGAN & KECEMASAN
- PERLINDUNGAN 24 JAM DI SELURUH NEGARA

DAPATKAN SEGERA....

SERENDAH RM 50 SEBULAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

SARAH : 012 2249805
YM : blurrym3@yahoo.com
EMAIL : sarahmariss@gmail.com

TERDAPAT HOSPITAL-HOSPITAL PANEL UNTUK....

SELANGOR
KUALA LUMPUR
NEGERI SEMBILAN
MELAKA
JOHOR
PULAU PINANG
KEDAH
PAHANG
KELANTAN
PERAK
TERENGGANU
SABAH
SARAWAK
Tue 3-Jun-2008 05:01
Posted by:Nur Sarah Mohd Yusof
Terpesona dengan kehijuan yang terakam suasana yang begitu segar sekali dan sejuk mata memandang. Shoot yang menarik sekali....tak jemu nak lihat. Fri 19-Dec-2008 05:35
Posted by:Noor  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Sunday, 13-May-2007 23:19 Email | Share | | Bookmark
Kuala Mu Sg Siput Off Road Trip

 
 
 
 
 
 
View all 8 photos...
Off Road Trip ke Kuala Mu Sungai Siput

Zanjalan kali ini adalah ke Kuala Mu di daerah Sungai Siput.
Destinasi kami adalah ke perkampungan Orang Asli, Pos Kuala Mu dengan 4 buah kenderaan 4WD (Land rover 110, Land rover Discovery, Toyota BJ dan Mitsubishi Storm).
Kami memulakan perjalanan ke sana dari Sungai Petani Kedah, menggunakan lebuhraya dan keluar di tol Kuala Kangsar. Dari sana kami bertolak ke pekan Lintang Sungai Siput untuk memasuki perjalanan Off Road. Kami singgah di beberapa kedai sekitar untuk membeli barangan untuk dibawa masuk seperti beras, minyak masak dll.
Perjalanan Off Roadnya adalah sekitar 40km, dimana 20km pertama melalui jalan ladang, 10km seterusnya middleweight Off Road dan 10km terakhir Hardcore Off Road.
Kami bernasib baik kerana keadaan jalan agak kering kerana tidak hujan beberapa hari, namun di beberapa tempat, jalannya sentiasa berlopak dan bertakung air.
Setelah 2 jam memandu, kami sampai di POS Kuala Mu..
Altimeter di jam tangan menunjukkan ketinggian kampung ini lebih 600 meter dari paras laut dengan suhu dibawah 30 C.


Aktiviti utama kami di sini adalah untuk mendekati penduduk yang jumlahnya sekitar 600 orang dengan bermain dengan kanak-kanak, memberi bantuan beras dan berkenduri bersama. Lebih kurang 20 peratus penduduknya memeluk Islam dan kami yakin lebih ramai lagi akan tertarik dengan dakwah muslim yang ditunjukkan. Surau didirikan atas sumbangan dan perancangan seterusnya membuka sebuah pusat bimbingan kanak-kanak.

Persekitaran kampung ini amat menarik terutama kepada mereka yang sukakan alam semulajadi. Sungainya tidak tercemar, pokok-pokoknya merimbun, udaranya penuh oksigen dan tiada gelombang radio, tv mahupun handphone menganggu..
Makanan utamanya ubi kayu (tak sama seperti yang biasa kita makan) dan pekerjaan utamanya berkebun getah, mencari buluh dan hasil hutan.


Pagi di sini sungguh dingin. Kabus dikeliling melitupi bukit dan cahaya matahari menyinari kabus membuatkan pemandangannya tidak dapat dilupakan. Jika kita renungkan sejenak, baru kita sedar bahawa terlalu banyak perkara tuhan anugerah kepada kita untuk dinikmati.


Keadaan yang sangat nyaman. Bunyi air terjun, percikan air seolah air conditioner...

Trip seterusnya dijadual pada 1hb Jun.
Jomlah bersama zanjalan....

salam.. rasa bangga dapt sampai ke kuala mu.. alhamdulillah jika dipanjangkan umur ana akan datang lagi berjuang menyampaikan kalimah Allah di sana..mg nur Tuhan akan terus memanyungi kita semua Fri 22-Feb-2008 08:26
Posted by:Qaseh
When would be the next trip? Fri 30-May-2008 07:05
Posted by:CK
Could you please contact me for the next trip on June 1? Which is 2 day from now....
Fri 30-May-2008 07:08
Posted by:CK
View all 15 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com